Thursday, 20 October 2011

Wartawan Sebagai Pengawas atau ' Watchdog '

Oleh - Nur Amani Binti Jusoh ( SY 1066 )
 
     
    Wartawan juga berperanan sebagai pengawas atau 'watchdog' ke atas kerajaan dan institusi-institusi negara yang lain. Mereka bukan sahaja bertanggungjawab untuk melaporkan berita sahaja, malah ia juga berperanan untuk membela mereka yang lemah, tertindas dan terpinggir daripada asakan dan golongan yang terpengaruh dan berkuasa.
 
      Secara lebih spesifik, peranan wartawan disini adalah sebagai penyemak dan pengimbang terhadap tiga institusi utama yang lain iaitu eksekutif, legislatif, dan judisiari. Sebagai pengawas, media ada tanggungjawab untuk memastikan bahawa dasar dan program kerajaan yang dijanjikan ditunaikan sebaiknya.

     Menurut pengarang Eksekutif akhbar The Sun, Zainon Ahmad pula berpendapat tugas sebagai 'watchdog' ini berkesan dilakukan oleh media jika ia mendapat maklumat yang betul. Maklumat itu kemudian disalurkan untuk pengetahuan umum dan berdasarkan maklumat itu pihak berkuasa wajub mengambil langkah-langkah pembetulan. Jika tidak, media akan hanya menjadi anjing penyalak yang tidak berkesan. Menurut beliau seperti “anjing yang memerhati dan menyalak,” tugas media adalah untuk melapor atau memaklumkan. Jadi, sekiranya peranan media disamakan dengan anjing pengawas, maka terpulang kepada rakyat dan pihak berkuasa untuk memutuskan dan bertindak berasaskan maklumat yang diberikan.

     Walaubagaimanapun, tugas wartawan bukan sahaja melaporkan sahaja, ia juga berperanan untuk mendesak kerajaan untuk membuat dasar yang baru bagi membantu mereka yang lemah. Sebagai contohnya, dasar pembantu rumah yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk melindungi pembantu rumah yang didera akibat desakan media yang menyiarkan laporan mengenai penderaan terhadap pembantu rumah. Hal ini membolehkan kita melihat betapa besarnya peranan wartawan kepada masyarakat..!!

0 comments:

Post a Comment