Sunday, 9 October 2011

ADAB_ADAB MEMBACA & MENGHAFAL AL-QURAN

Dipetik Melalui Karangan : Al-Fadhil Ust Muhamad Zulhilmi Bin Othman

Ditulis Semula Oleh : Abdul Rahman Bin Lalete

       Dalam biah pembelajaran di KIAS khususnya, madah quran merupakan satu madah yang wajib lulus untuk syarat bergraduate, Oleh itu, ke semua Mahasiswa/wi haruslah mengambil madah ini, Antara relevan nya madah ini di ketengahkan kepada semua mahasiswa/wi KIAS adalah untuk melahirkan bakal-bakal ust dan ustzh yang berkualiti bukan sahaja mahir dalam bidang yang di ceburi bahkan, di isi dengan al-quran di dalam dada sebagai bekalan masa hadapan. Namun di sini, bukan itu yang ana ingin bincangkan, perkara yang menjadi cerita pada kali ini ialah, bagaimana cara kita menjaga,membaca al-quran?? kerana seperti kita maklum, al-quran itu adalah kata-kata daripada Allah iaitu kalamullah, Oleh yang demikian mari kita terokai apakah adab-adab yang perlu atau mesti kita patuhi untuk kita bukan sekadar membaca nya, menghafalnya bahkan kita dapat pahala daripada mengamalkannya dan menjaganya...

          Sukalah untuk ana selitkan di sini beberapa tips yang mungkin dapat membantu untuk menghafaz Al-Quran. Sesungguhnya al-Quran bukanlah sepertimana buku-buku biasa yang kita baca setiap hari. Namun ia adalah sebuah kitab agung yang terkandung di dalamnya kalam-kalam suci Allah. Kerana itu, menyentuhnya bukan seperti menyentuh kitab-kitab lain dan membacanya bukan seperti membaca kitab-kitab lain. Ada adab-adab yang perlu di jaga bagi menunjukkan kehormatan dan kesuciaannya.

  1. Berwudhu'
  2. Menutup Aurat
  3. Menghadap Kiblat
  4. Ikhlaskan niat kerana Allah
  5. Mulakan dengan isti'azah dan basmalah.
  6. Baca dengan tenang sambil mentadabbur ayat-ayatnya.
  7. Elakkan daripada bercakap-cakap perkara lain ketika masih belum menamatkan bacaan
  8. Jika menggunakan mashaf, kecil mahupun besar, pastikan ianya diletakkan lebih tinggi daripada kaki. Sebaiknya peganglah dengan tangan kanan.
Seterusnya di jelaskan pula beberapa tips mudah untuk menghafaz al-Quran:

  1. Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t
  2. Berwudhuk dan Menghadap Kiblat
  3. Mulakan doa dengan lafaz
اللهم نوربكتابك بصري واشرح به صدري واستعمل به بدني واطلق به لساني وقوبه عزمي واسرع به فهمي وقوبه جناني بحولك وقوتك فإنه لا حول ولا قوة إلا بالله العلى 
   العظيم
  1. Tetapkan sasaran bilangan ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut.
  2. Baca kesemua ayat yang ingin dihafaz pada hari tersebut sekali lalu.
  3. Baca ayat pertama dengan melihat mashaf sebanyak 40 kali.
  4. Beralih ke ayat yang kedua dengan menggunakan kaedah yang sama.
  5. Ulang ayat pertama dan kedua sebanyak 5 kali.
  6. Beralih ke ayat yang ketiga dengan membacanya sebanyak 40 kali.
  7. Ulang ayat pertama, kedua dan ketiga sebanya 5 kali.
  8. Beralih kepada ayat ke empat dan gunakan kaedah yang sama sehingga selesai.
  9. Akhiri dengan doa penutup:

اللهم إني أستودعك ما علمتني فاردده إلى وقت حاجتي إليه فلا تنسنية وصلى الله على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه وسلم

 Akhir sekali jauhkan diri anda daripada perkara-perkara yang merosakkan hafazan....

Wallahualam.... Moga-moga denga sedikit perkongsian ilmu, dapat kita sama manfaatkan agar di sem hadapan kita lebih bersedia dan dapat buat yang terbaik.....InsyAllah.....All da bez everyone.....may Allah blesing u all.....

Pena Sanubari

0 comments:

Post a Comment