Monday 26 December 2011

SIFAT MAHMUDAH

Asalamualaikum….sahabat sekelian….kali ini kita berkongsi satu lagi ilmu.Mungkin sahabat semua dah tahu.Oleh itu….mari sama sama kita ingatkan kembali.
Iaitu sifat Mahmudah atau sifat terpuji yang sepatutnya kita sebagai orang beriman memilikinya.
1) Taubat…iaitu keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa dosa yang telah dilakukan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah amat menyukai orang-orang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222)
2) Khauf… Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu merasa gementar dan gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.Firman Allah maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya dan janganlah kamu mati melainkan kamu menyerah diri ( kepada Allah s.w.t ).”( Surah Ali Imran ayat 102 )
3) Zuhud…merupakan sifat yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang yang mengaku mukmin. Zuhud juga hendaknya menjadi gaya hidup umat Islam walau di manapun ia berada. Zuhud bukanlah meninggalkan kenikmatan dunia, bukan bererti mengenakan pakaian yang lusuh,dan bukan bererti miskin.Zuhud juga bukan bererti hanya duduk di masjid, beribadah dan beribadah saja tanpa melakukan kegiatan-kegaiatan lainnya. Zuhud adalah kemampuan kita dalam menjaga hati dari godaan serta tipu daya kemewahan dunia tanpa meninggalkannya. Dengan pengertian yang lebih luas, zuhud merupakan hikmah pemahaman yang membuat seseorang memiliki pandangan khusus terhadap kehidupan duniawi.Mereka tetap bekerja dan berusaha, namun kehidupan duniawi itu tidak menguasai kecenderungan hatinya dan tidak membuatnya meninggalkan mengingati Allah walau sesaatpun. Kita beramal shaleh, memakmurkan bumi dan bermuamalah, namun di saat yang sama hati kita tidak tertipu. Kita meyakini sepenuhnya bahwa kehidupan akhiratlah yang menjadi tujuan utama.
4) Sabar…iaitu menahan diri dari keluh kesah pada sesuatu yang tidak kita sukai.Juga tidaklah kita terlampau mengadu ngadu pada selain Allah serta hendaklah sabar kita dalam menahan diri pada meninggalkan setiap tegahanNya.
5) Syukur…iaitu rasa berterima kasih,mengaku dan memuji setiap nikmat yang telah diberikan Allah dan kita gunakanlah pada jalan Allah.
6) Ikhlas…hendaklah menumpukan sepenuhnya niat pada ibadah semata kerana Allah.
7) Tawakkal…ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah setelah berazam dan diikutidengan usaha..sebagai umat Islam yang taat kepada Allah, maka berusahalah dengan kekuatan, tenaga dan ilmu yang dikurniakan oleh Allah, selarikan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal,supaya Allah memudahkan dan memberikan kejayaan atau hasil segala usaha kita.Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan (ingatlah),sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya).”(Surah al-Thalaq ayat 3).
B) Redha…iaitu menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada’ atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.
9) Mahabbah…Iaitu kasihkan Allah subhanahu wata‘ala dengan mengingatiNya dan dengan segera melakukan segala perintahNya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah dengan ibadah ibadah sunat dan bersungguh-sungguh menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemarahanNya.
10)Mengingati Mati…iaitu merasai hidup di dunia ini adalah sementara dan di hari akhiratlah kehidupan yang kekal abadi.
Ya Allah Ya Tuhan ku.Ampunkanlah segala dosa dosaku….Amin,Amin,Amin…Ya Robbal A’lamin…

0 comments:

Post a Comment