Semua orang memiliki wajah yang ceria jika mereka tersenyum, kerana senyum itu mampu membuatkan orang lain merasa bahagia. Senyumlah ketika anda berada dalam keadaan kecewa, ianya akan menjadi senyuman yang paling indah.
Begitu juga contoh yang ditunjukkan oleh nabi kita Rasulullah s.a.w. baginda sentiasa berwajah ceria dan berseri-seri kerana baginda sentiasa tersenyum. Senyuman baginda mampu membuatkan sahabat-sahabat baginda merasa bahagia. Rasulullah duduk bersama-sama dengan sahabat dalam keadaan ceria, dan suatu ketika Rasulullah tergelak sampai nampak gigi geraham baginda, tetapi Rasulullah ketawa tanpa mengeluarkan suara. Selain itu, dalam sirah perang Khandaq juga ada menceritakan keperitan sahabat-sahabt menahan lapar sehingga mereka mengikat batu di perut bagi menahan kelaparan, tetapi yang membuatkan mereka merasa lebih kuat apabila melihat Rasulullah mengikat dua ketul batu di perut baginda, menandakan Rasulullah lebih lapar daripada mereka dan Rasulullah masih mampu tersenyum. Baginda tersenyum untuk member semangat kepada shabat-sahabat agar lebih kuat.
Dalam sirah yang pahit iaitu ketika saat akhir Rasulullah menghadapi kematian, baginda mampu tersenyum untuk mengurangkan kerisauan sahabat-sahabat disekeliling baginda, masih mampu tersenyum memerhati Saidina Abu Bakar mengimamkan solat subuh menggantikan dirinya yang sakit, Senyuman itu sangat memberi makna. Tidak mampukah kita mencontohi Rasulullah dengan menghiasi wajah dengan senyuman. Jika kita boleh hiasi wajah kita dengan bedak, celak, atau lipstick dan sebagainya, kenapa tidak dengan senyuman.
Dalam kajian kesihatan juga ada menyebutkan tentang faedah kepada orang yang sentiasa tersenyum. Orang yang sentiasa tersenyum ini akan kelihatan muda, kerana urat dipipinya sentiasa diregangkan, senyuman ini dikenali sebagai senaman muka untuk sentiasa kelihatan muda.
Senyuman itu sedeqah, kerana apa senyuman itu diumpakan seperti memberi wang kepada orang yang memerlukan? Ini adalah kerana hanya dengan senyuman mampu membuatkan orang yang memerlukan itu terasa dihargai walaupun kita bukanlah sesiapa bagi mereka, mereka merasakan diri mereka tidak direndahkan. Senyuman juga mampu menghilangkan perasaan marah yang sentiasa dipupuk syaitan dalam diri kita. Jika anda sentiasa tersenyum, anda akan mendapat ramai kawan kerana anda telah melahirkan perasaan selesa kepada orang untuk berkawan dengan anda.
Senyuman akan membuatkan hati anda bahagia tidak kira anda berada dimana, jika anda ditimpa masalah, senyum dan kembali bergantung kepada Allah, anda akan perolehi kebahagiaan yang anda tidak pernah temui sebelum ini. Senyumlah, kerana senyuman yang indah itu adalah sunnah yang diajarkan Rasulullah untuk kita ummatnya.
Nukilan oleh:
NADHIRAH BINTI MOHD RUBANI (DQ 0442)
0 comments:
Post a Comment