Disediakan oleh:Naimah bt Abdul Rahman(SY 1076)
Marah merupakan tabiat atau sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Biasanya apabila seseorang marah, dia akan bertindak di luar jangkaan. Perasaan marah boleh menjadikan jiwa seseorang itu tidak tenteram.
Marah seseorang itu boleh jadi sifat tercela atau sifat yang terpuji. Marah terpuji adalah marah apabila agamanya dikeji dan dihina, dan sekiranya dia tidak marah pabila agamanya dikeji dan dihina, ia akan menjadi sifat tercela. Dengan sifat marah, lahirlah semangat untuk membela dan mempertahankan agama. Sekiranya kita marah kerana peribvadi kita di sakiti, maka hendaklah kita tahan kemarahan itu. Itulah sifat terpuji yangsepatutnya dimiliki oleh umat Islam.
Dalam Islam, orang yang disebut sebagai gagah perkasa bukanlah orang yang dapat mengalahkan orang lain, tetapi orang yang paling gagah ialah orang yang dapat mengawal perasaan marahnya. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: " Bukanlah yang gagah perkasa itu orang yang mampu merebahkan orang lain, tetapi sebenarnya orang yang gagah perkasa itu ialah orang yang mampu mengawal dirinya ketika marah.."
Rawat MARAHMU
1. Segera mengingati Allah
Apabila anda dalam keadaan marah kerana disakiti oleh orang lain, maka segeralah mengingati Allah dengan menyedari keutamaan menahan marah. Sebah hadis rawayat al-Tarmizi dan Ibn Majah, daripada Mu'az bun Anas r.a, beliau berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya."
2. Berlindung kepada Allah
Kita hendaklah memohon perlindungan kepada Allah daripada sifat marah kerana marah berasal daripada syaitan. Allah S.W.T berfirman dalam surah Fussilat ayat 36 yang bermaksud: " Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
3. Wuduk penyejuk kemarahan
Abu Wa'il al-Qash, Abdullah bin Bujair al-Shan'ani rhm. berkata: " Kami masuk menemui Urwah bin Muhammad al-sa'di. Seorang lelaki sedang berbicara dengannya, sehingga menyebabkan beliau marah. Lantas beliau bangun dan pergi berwuduk. kemudian beliau berkata: "Ayahku menceritakan kepadaku daripada datukku Athiyyah r.a., katanya: "Rasulullah S.A.W bersabda: " Sesungguhnya kemarahan itu berpunca daripadasyaitan. Syaitan pula diciptakan daripada api. Sesungguhnya apihanya dipadamkan dengan air. Oleh sebab itu, apabila seseorang antara kamu naik marah, maka hendaklah dia berwuduk."" (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
4. Diam merawat kemarahan
Sekiranya anda sedang marah, sebaiknya anda diam. seperti sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad yang bermaksud: "Jika seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah dia diam." Diam dalam perkara ini adalah sebahagian daripada iman.
5. Duduk dan berbaring
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Abu Zar bahawa pada waktu itu beliau sedang minum di kolahnya, lalu datang suatu kaum seraya berkata: "Siapa antara kamu yang berani menggangu Abu Zar dan mengambil beberapa helai rambut dikepalanya?" Salah seorang berkata: "Saya!"
Lalu orang itu datang mengeruhkan kolah dan memukulnya. Pada ketika itu Abu Zar yang sedang berdiri lalu duduk, kemudian berbaring.
Beliau ditanya: "Wahai Abu Zar, mengapa kamu duduk kemudian berbaring?" Dia menjawab: "Sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda kepada kami: "Jika salah seorang antara kamu marah, sedangkan ia ketika itu berdiri, hendaklah ia duduk. Jika kemarahannya dapat hilang dengan duduk (cukuplah dengan duduk). Jika tidak, hendaklah berbaring..""
Tip² menyejukkan api kemarahan telah diajarkan kepada sahabat, dipraktikkan oleh mereka dan seterusnya disampaikan kepada generasi berikutnya. Wallahu a'lam.
skip to main |
skip to sidebar
Monday, 19 December 2011
Pembaca Disayangi
Artikel
-
▼
2011
(94)
-
▼
December
(19)
- CINTA SEORANG AYAH
- Cinta Suami Dan Isterinya Yang Solehah
- Di Mana Harga Seorang Wanita | MyIbrah
- SIFAT MAHMUDAH
- SIFAT MAHMUDAH
- ISLAM ITU MUDAH
- jumaat adalah penghulu segala hari
- Sifat-Sifat Nabi Muhammad SAW
- CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH
- Penyejuk MARAH
- KELEBIHAN WANITA SOLEHAH
- JANGAN MEREMEHKAN SENYUMAN
- MASTURA BINTI ABDULLAH- *UD0661* TARIKH-...
- Kelantan Syurga Makanan
- ♥ Bila Kita Berbicara Soal Hati ♥
- Bagaimana Mendapat Keberkatan Dalam Pelajaran??
- INFO KESIHATAN......KHASIAT TEMBIKAI..
- Wanita Dan Lelaki Yang Baik Itu Sebenarnya Untuk S...
- Fadhilah Shaum Bulan Muharram
-
▼
December
(19)
Reporters
Powered by Blogger.
Apa Yang Menarik ??
-
(23/8/2011 SELASA) Berita -Akhbar -Television -Radio -Media Baru PENULISAN BERITA AKHBAR:- ...
-
Menarik bukan? Petua orang tua-tua bukan petua semata-mata tetapi ia berkaitan dengan gelombang, titik pusat urat saraf atau titik refleksol...
-
MASTURA BINTI ABDULLAH ( UD 0661) SAAD BIN ABI WAQQAS Salah Seorang Daripada Sepuluh Sahabat Yang Dijanj...
-
Siti Norzanah Binti Ahmad (11060107) MARIMO mempunyai kadar pertumbuhan yang sangat perlahan iaitu lebih kurang satu sentimeter setahun....
-
Nama: Abdul Hadi Ong B. Abdullah No. matrik:DQ 0424 Tradisi kekeluargaan orang Cina. Pengenalan Tamadun Cina merup...
-
Bismillahirrahmanirrahim, Ibnu Taimiyah mengatakan, " Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w melarang kita membunuh ular-ular yang berk...
-
oleh : siti norzanah bt ahmad (11060107) Alam semula jadi merangkumi segala jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara ...
-
بسم الله الرحمن الرحيم Assalamua'alaikum ... Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan dalam kehidupan kita ialah 1) Panjang l...
-
Wanita Islam pada zaman Rasulullah SAW mempunyai peranan istimewa dalam melaksanakan amal kebajikan bagi melengkapkan peranan kaum lelaki....
-
Oleh : Nur Adibah Binti Kamarul Baharin ( SY 1070 ) Menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi ...
0 comments:
Post a Comment