Saturday, 5 May 2012

S.A.H.A.B.A.T

  - NuR aMaNi BiNTi JuSoH - 
  - SY 1066

  

  SAHABAT..

  Kekuatan bukanlah segalanya,
  Kerana ia hanya sementara dan akan binasa,
  Tetapi mencintai dan menerima diri seadanya,
  Adalah wujud daripada Hamba yang bersyukur kepada Tuhannya..

  Mengejar kehormatan dan kekuatan bukanlah tujuan,
  Tetapi mengejar cinta kasih sayang selalu memberikan ketenangan,
  Maka jangan kita  larang andai Sahabat kita menangis,
  Malah, ajarkan dia untuk mengenali dan menerima perasaannya..

  SAHABAT, katakan padanya..

  Bahawa air mata adalah anugerah Tuhan yang indah,
  Sehingga dia belajar untuk tidak kecewa oleh emosinya lagi,
  Dan jika mengerti, dia telah belajar untuk hidup dengan seteguhnya..

  Jangan pernah mengajar Sahabat kita untuk menjadi cantik,
  Tetapi ajarkan dia untuk mencintai dan menerima diri seseorang itu seadanya,
  Dan jangan sesekali kita ajarkan dia untuk menyenangkan hati wanita/lelaki,
  Tetapi ajarkan dia untuk menyenangkan hati Tuhan yang menciptanya..

  Islah kehidupan kita dengan cinta, hikmat dan kebijaksanaan,
  Bukan dengan harta, kecantikan paras rupa, gelaran dan kekuasaan,
  Ajarkan Sahabat kita menikmati keindahan mentari pagi,
  Dan kehangatan ketika menggenggam pasir pada waktu itu..

  Jika kita ingin Sahabat kita rajin beribadah kepada Allah,
  Maka, jadilah teladan untuknya dan gemakan keredhaan Allah dalam diri kita..

  SAHABAT..

  Jika kita ingin Sahabat yang mencintai ilmu pengetahuan,
  Pancarkan rasa ingin terus belajar dalam diri kita dan dia,
  Kerana nasihat kita tak dapat membuatnya mahu membaca,
  Ketika dia tidak pernah menyaksikan kita menikmati ilmu..

  Jika kita ingin Sahabat hidup dengan penuh kasih sayang,
  Tunjukkan cinta dan kasih kepadanya,
  Kata-kata sahaja tidak mampu membuatnya mengasihi,
  Jika dia tak pernah merasakan cukup perhatian daripada kita sebagai SAHABAT nya..






♥ Kualiti Hati ♥

 
   (= Nur Amani binti Jusoh ( SY 1066 ) =)




   Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Sekiranya hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

   Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas.
Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fatamorgana – bahang yang sangat panas disangka air.

   Apabila kualiti hati rendah, sedikit nikmat tidak cukup, banyaknya. Akibat tidak syukur, sabar, qanaah dan redha, diri akan diperhambakan oleh hawa nafsu dan syaitan ke arah kejahatan. Sebaliknya, hati yang kuat mampu mengawal nafsu (kehendak biologi, seksologi dan fisiologi)  umpama burung yang menerbangkan  sangkarnya. Manakala, hati yang lemah sentiasa  terkurung oleh kehendak-kehendak nafsu seperti burung yang terkurung oleh sangkarnya.

   Hati yang kuat akan memandang segala-galanya secara positif, mentafsirkannya secara positif dan bertindak secara positif. Inilah yang sering disebut oleh pakar motivasi sebagai berfikiran positif. Dan apabila kita berfikiran positif, segala yang positif akan tertarik kepada kita. Ini pula yang disebut sebagai hukum tarikan (law of attractions) dalam kehidupan. 

   Apa yang kita yakini dalam hati menentukan sudut pandang (worldview) kita seterusnya mempengaruhi sistem nilai, sikap serta kelakukan kita. Orang yang memiliki hati yang tenang (hasil keimananya kepada Allah)  akan melihat segala yang berlaku dari sudut pandangan akidah – tauhidic mind set, lantas sistem nilainya mengikut perspektif Allah dan Rasul-Nya. Nilai ini akan mempengaruhi sikapnya. Ia akan menjadi seorang mukmin yang segala kelakukannya berpandukan syariat dan akhlak Islamiah.

~ Cinta + Baitul Muslim ~

Oleh: NuR aMaNi bte. JuSoH ( SY 1066 )


Cinta?

Cinta adalah fitrah. Cinta adalah anugerah. Cinta adalah amanah.
Sejauh mana anda memandu cinta itu, semuanya terletak pada cinta anda pada DIA, Allah S.W.T.
Cinta kerana Allah. Bagaimana?
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanan dan ketaatannya kepada Allah S.W.T. Uhibbuki Fillah..
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Rasulullah S.A.W bersabda:

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu" 

SubhanAllah..

Lihat bagaimana ganjaran Allah terhadap seseorang yang mencintai seseorang yang lain kerana keagungan –Nya.
Jadi anda bagaimana? Adakah anda mencintai seseorang itu kerana Allah?
Baitul Muslim?
Apa kaitannya ya dengan cinta?
Jom sama-sama kita meneroka dulu maksud Baitul Muslim.
Baitul Muslim merupakan salah satu konsep pembinaan ummah yang bermula daripada diri kita sendiri sehinggalah ke peringkat dunia.

Individu Muslim > Keluarga Muslim> Masyarakat Muslim> Negara Muslim> Dunia Muslim



Cinta + Baitul Muslim?
Bagaimana tu ya?
Mudah saja, tak salah untuk jatuh cinta sebab ia adalah fitrah tapi dengan syarat cinta itu mestilah CINTA KERANA ALLAH dan mesti ada MATLAMATNYA, iaitu PERKAHWINAN dan seterusnya disulami dengan niat untuk membina cinta dengan bermatlamatkan kepada pembinaan BAITUL MUSLIM. Subhanallah...
Tersangat indah kalau Cinta yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. itu kita bawa ke arah matlamat pembinaan Baitul Muslim. Insya'Allah akan bertambah-tambah indah lagi cinta yang lahir di hati kita itu. Ini adalah kerana cinta tidak semestinya cinta mencintai sesama pasangan yang hanya bermatlamatkan kepada perkahwinan semata-mata, iaitu yang kita fahami perkahwinan merupakan penyatuan dua hati dalam satu ikatan suci, ijab dan kabul, tapi jangan kita lupa cinta dan perkahwinan itu juga harus diisi dengan matlamat kepada pembinaan Baitul Muslim, iaitu pembinaan sebuah keluarga yang berlandaskan Islam yang sentiasa dipenuhi dengan suasana Islam yang akan diwarisi dari saru generasi ke satu generasi oleh zuriat kita sehingga mampu mewujudkan sebuah masyarakat yang berpegang pada syariat Islam dan mampu mentadir negara dengan syariat Islam.

Cuba kita bayangkan kalau dalam sesebuah keluarga itu diterapkan dengan suasana Islam, solat berjemaah bersama keluarga, tazkirah, makan bersama, Subhanallah, indahnya. Bukan sahaja kita dapat membina sebuah keluarga Islam yang berlandaskan syariat malah mampu memupuk pembinaan Ummah yang mampu mentadbir negara berlandaskan syariat Islam, Insya'Allah. Walau bagaimanapun, bukanya mudah untuk menanam rasa Cinta kerana Allah yang bermatlamatkan Baitul Muslim ditambah pula dengan diri kita sebagai manusia yang penuh kekurangan dan ditambah pula lagi dengan kemodenan dunia yang menjadi ujian buat kita. Namun kita perlu yakin, Insya'Allah jika kita betul-betul berusaha ke arahnya, Insya'Allah kita boleh. Ini adalah kerana kerana kita dipilih dan terpilih oleh DIA yang Maha Esa untuk mentadbir alam ini, DIA mengatahui akan kekuatan dan kelemahan diri kita. Insyallah DIA pasti membantu dan mempermudahkan setiap urusan kita dalam menuju Jannah –Nya. Insya'Allah.


Jom bina CINTA, bina Baitul Muslim.. >_<

Thursday, 5 April 2012

seHari BERSAMA TEAM PENULISAN,

DISEDIAKAN OLEH:NURUL HASNAA BINTI ABDU: HALIM

Semalam telah diadakan sehari bersama team penulisan dan kewartawanan kias, ,bagi melawat dan mencedok ilmu di stesen2 penyiaran yang ada di sekitar KOta bharu,
disebabkan program ini diadakan pada cuti semester,ramai students penulisan yang tidak dapat menghadirkan diri,tapi Alhamdulillah semalam sekitar 25 orang termasuk Pensyarah yang telah meluangkan masa bersama2 team penulisan pada kali ini..
alhamdulillah kami sempat melawati 3 buah tempat semalam
....Diantaranya ialah:

  •  stesen RTM kelantan,Utusan
  •  Negeri Kelantan dan..........................
  • Sinar Harian..

.banyak pengalaman dan ilmu yang telah kami pelajari danvery funn sangat....so jom baca cerita saya!!!!! maner2 yang tak pergi bacer leklok eip....HEHeheehe!!!

firstly na nak cerita kat RTM dulu okey...kat rtm kitorang bertolak dalma kul 9.30 dari kampus dan menuju ke RTM dengan pregio Kampus,dan dua buah kereta....sesampai dekat RTM,kami dijemput masuk ke bilik musyuarat bagi memberi penerangan dekat kami tentang apa itu RTM,






akan tetapi disebabkan ketika itu ader rancangan seloka bersahut,maka kami dijemput untuk memasuki dan memenuhkan dewan studio rakaman.Disini kami diberi penerangan serba sedikit tentang rtm itu sendiri,,dan selepas itu
dan......dan...hahaha...

 pihak RTM meminta 3 orang wakil pelajar  dari kami untuk menjadi perserta pelajar yang akan berbalas pantun dengan DJ2 RTM,ha!!!!rasa2nyer saper peserta tu eip?tak mau bagitahu,tapi klu nyer adelah orang yang memegang beg warna merah ..so cari2 la yer,,,rancangan itu akan dikeudarakan pada hari selasa.INsyaALLAH..

Setelah beberapa jam berada disini dan diberi bermacam2 pendedahan tentang bagaimana RTM beroperasi dan bagaimana berita itu disampaikan....kamipun da berpuas hati,taambahan  waktu tu da mengenjak masuk ke waktu makan tengahari,kamipun mengundurkan diri,,,bukan kerana benci,tapi terpaksa meninggLKn  RTM kerna masih ader destinasi yangperlu kami lawati,tapitidak  lengkap rasanya jika pulang tanper sebarang kenangan .......betul tak...?hehehehe
 bersama crew RTM

sebahagian pelajar penulisan bersama pensyarah dan pengiring yang myertai


Selepas mengambil beberapa keping gambar kenangan perjalanan diteruskan lagi ke Pejabat Utusan Malaysia,akan tetapi di sebabkan masa itu time lunch,so kami singgah dahulu dibazaar yang bertentangan dengan Pelangi mall...disitu kami telah menikmati hidangan tengahari,yang murahb dan sedap...heheehehehe...tapi maafla tak ader gambar yang boleh diuploadkan.

Selepas makan kami terus menuju ke pejabat Utusan Malaysia,yang sememangnya tidak berada jauh dari kami ...disana kami mendapat banyak info dan illmu yang berkaitan cara penulisan akhbar ia punya sedikit berbeza dengan RTm ini kerana berita akhbar memerlukan daya kreatif dan kebijaksanaan waartawan untuk menyusun ayat,manakala RTM kebih kepada Visual... 

kak mimi di depan pejabat utusan

Banyak penerangan dan pendedahan berkaitan bagaimana sesebuah artikel dilaksanakan ,gambar diambil dan pelbagai macam  laagilah,akan tetapi na tak dapat nak uploadkan gambar banyak2 kat sini,sebab na lupa nak amik gambar,tambahan bateri dan nak habs waktu tuh...so saper yang ader gambar kaat utusan share2 lah euip.....selepas ilmu disini dicedok oleh team2 kami,lantas kami segera  deh,menuju ke drstinasi seterusnya,agar enggak terlambat loh...heheheh(tetiba jer cakap indon)jangan marah..

sebelum sampai ke destinasi terakhir,waktu itu telah menunjukkan keangka 1.50 petang,maka urusan dunia diketepikan dahulu,dan kami singgah menunaikan kewajiban umat islam terlebih dahulu..kami berhenti solat zohor di Majid Besar Pengkalan Chepa...masjid yang sangat bersih dan comel...so jika pergi ke pengkalan chepa,singgahlah menunaikan kewajiban disini..InsyaALLAh.
setlah semua pelajar siap menunaikan solat disini ,kami meneruskan perjalanan ke destinasi yang terakhir iaitu di Sinar Harian....
alhamdulillah sesampainya kami di Sinar Harian,,kami disambut amat baik,,lantas na teringat akan satu petikan ,yang na kurang pasti kata2 hukamat @ pun sabda baginda rasulullah...yang berbunyi begini....."datangnya tetamu itu membawa rahmat kepadamu,dan pulangnya mereka,membuang dosa2 kecil mu"wallahualam....

 di bilik musyuarat Sinar harian
 di bilik musyuarat
di bilik musyuarat Sinar Harian,semasa mula2 datang


disini kami dilayan dengan amat baik,kami diberi pendedahan tentang serba sebanyak tentang sinar harian,,,kami diberi pendedahan oleh dua orang  wartawan2PUN KETUA WARTAWAN DISINI,

Bukan itu sahaja tau,malahan mereka memberikan kami makan petang,,kuih muih yang pelbagai dan air...hahahah yang nak tidur dan  bosan tak adelah,semuanya suka waktu itu,tambahan pula makanan kuih muihnye sedap2 belaka...yang paling kelakr bila tengok budak muslimin makan..Tapi tak leh gitau saper (kalu yang baca jgn marah eip)hehehehee......
disini cara perjalanan dan pembahagiannya sedikit berbeza dari akhbar lain2....biasa lah setiap syarikat pasti ader stratergi nya yang tersendiri,yang bberbeza dari syarikat lain.
untuk makluman kawan2 jugak disini mempunyai killanyg cetak akhbarnya yang sendiri,kami diberi ruang untuk melihat sendiri mesin tu...besar sangat kekawan,tapi na lupa nak amik gambar dekat  Sinar Harian,seleppas diberi penerangan  di mesin pencetak,kami dibawa masu ke bilik praprint,,@pun nama yang mudah ialah bilik negative,disinilah bilik yang terakhir yang akan menyemak jika ader kesalahan ejaan atau sebagainya sebelum paper itu di print kawan2...,memang banyak menggunakan cos yang amat tingg,nak jual akhbar ni tuan puan sekalian..heheheheheehe...
selepas semuanya selesai,kami memohon diri untuk pulang,sebelum pulang kami mengambil kenangan beramai2 dihadapan pejabat sinar Harian..
Opppppppssss...
lupa nak gtau,kami mendapat sedikit ole2 di Sinar Harian...
heeehehehe

sekali lagi na mintak maaf ,tak dapat nak berkongsi gambar di SinaR Harian..
itulah sahaja citer na,,
yang penting kami semua happy dan banyak benda yang kami dapat dan pelajari...
moga berjumpa lagi..InsyaALLAH..
Assalamualaikum......

Tuesday, 20 March 2012

Didik Hati Agar Sentiasa Redha

Firman Allah yang bermaksud:
 "Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu, Dialah yang mentakdirkan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya." - (Surah al-Mulk, ayat 1-2) .
Menyingkap maksud firman Allah itu, manusia sentiasa akan diuji dengan kebaikan dan kesulitan. Segala perkara atau peristiwa berlaku dengan izin dan kehendak Allah.
Bagi Allah segala-galanya adalah kebaikan untuk hamba-Nya. Penerimaan manusia boleh jadi berbeza sama ada perkara itu baik atau buruk kecuali orang mukmin yang memiliki keimanan sebenar.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Allah sungguh kagum kepada orang mukmin, apabila menerima nikmat ia bersyukur dan apabila ditimpa musibah ia bersabar." - (Maksud al-Hadis)

Setiap detik kehidupan kita perlu meyakini bahawa kita berada dalam ujian Allah sehingga roh bercerai daripada badan. Firman Allah yang bermaksud:
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja mengatakan kami sudah beriman sedangkan mereka tidak diuji terlebih dulu. Dan sesungguhnya kami sudah menguji orang sebelum kamu maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta." (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)

Manusia diberi kemampuan mengamati atau menilai sesuatu perkara dan peristiwa secara zahir melalui deria penglihatan. Manusia juga dapat mengguna akal untuk mentafsir perkara atau peristiwa yang dilihat.
Manusia yang lebih tinggi martabatnya ialah apabila dapat melihat melalui mata hati. Ini adalah penglihatan atau gambaran cahaya iman. Allah berfirman yang bermaksud: "Maka ambillah pelajaran wahai orang yang memiliki mata hati." (Surah al-Haysr, ayat 2)
Sering kali kita terdengar rungutan apabila hari hujan kerana hujan yang turun menyusahkan untuk ke pejabat atau ke mana saja sedangkan bagi tukang kebun atau petani, hujan adalah rahmat Allah yang akan menyuburkan pokok serta tanaman mereka. Begitulah kepelbagaian ragam dan persepsi dalam kehidupan.
Segala penentuan Allah diterima dengan persepsi berbeza antara satu sama lain. Perbezaan sudut pandang ini bergantung kepada beberapa perkara seperti ilmu, keimanan, amalan dan ketakwaan seseorang. Orang beriman sentiasa reda dan menerima segala ketentuan dengan hati tenang kerana mereka berfikir secara positif, mencari hikmah di sebalik setiap peristiwa.

Setiap insan sentiasa mengharapkan kedamaian dan ketenangan hidup, bahkan manusia menginginkan kesenangan itu berpanjangan. Realiti kehidupan tidak selalu begitu kerana langit tidak selalunya cerah.
Panduan berikut boleh dijadikan pedoman untuk mendidik diri menerima sesuatu peristiwa baik atau buruk dengan penuh keredaan. Dengannya kita akan berasa tenang dalam menerima sesuatu dengan rela hati :

Bersyukur kepada Allah dan Membilang Nikmat-Nya
Kita beriman bahawa Allah tetap memberi nikmat di dunia kepada semua hamba-Nya. Apabila kita mendapat nikmat-Nya kita bersyukur dan mengiktiraf nikmat itu supaya tidak lupa jasa Allah.
Firman Allah yang bermaksud: "Allah sudah menyempurnakan nikmat-Nya kepada kalian baik yang zahir mahupun yang batin." - (Surah Luqman, ayat 20)
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan jika kalian menghitung nikmat Allah nescaya kalian tidak akan dapat menghitungnya." - (Surah Ibrahim, ayat 34)
Nabi Sulaiman yang dikurniakan kerajaan dan kekayaan berkata: "Ini termasuk dalam kurnia Tuhanmu untuk menguji aku adakah aku bersyukur atau kufur nikmat." - (Surah an-Namlu, ayat 20) .
 
Syukur bukan setakat mengucapkannya tetapi kita perlu zahirkan kelakuan orang yang bersyukur dalam bentuk perbuatan. Contohnya, apabila seseorang itu mendapat keuntungan daripada perniagaan diusahakannya, dia akan dibelanjakan ke jalan halal dengan ikhlas.

Musibah Menghapuskan Dosa
Kita menerima musibah dengan positif untuk menyedarkan kita supaya menilai kembali tingkah laku. Sebagai manusia, kita tidak sunyi daripada melakukan dosa. Musibah dapat melenyapkan dosa yang dilakukan. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu ditimpa kecemasan, kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri melainkan dengan semua itu Allah akan menghapuskan dosanya." - (Maksud al-Hadis)

Bersabar Tanda Kemenangan
Allah mendidik kita supaya menerima sesuatu dengan reda dan sabar kerana Allah bersama dengan orang yang sabar. Orang yang bersabar akan mendapat kemenangan di dunia dan syurga di akhirat. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan supaya kamu jangan terlalu berduka cita terhadap apa yang hilang daripada kamu dan janganlah kamu terlalu gembira apabila mendapat sesuatu nikmat." - (Surah al-Hadid, ayat 23)

Berdoa dan Memohon Pertolongan Hanya Kepada Allah
Doa adalah senjata orang mukmin. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh, yakin dan kenalilah Allah ketika senang nescaya Allah akan mengenali kita ketika susah. Berdoa dengan khusyuk dan jadikan berdoa para nabi sebagai panduan. Bayangkan bagaimana pasrah dan khusyuk nabi berdoa dalam keadaan genting.
Kita juga tahu Allah memakbulkan doa mereka. Nabi Ibrahim berdoa memohon pertolongan Allah ketika dibakar dalam unggun api yang marak menyala, Nabi Muhammad ketika perang Badar dan Nabi Musa yang cemas ketika di kepung Firaun di Laut Merah dan saat kegelapan Nabi Yunus dalam perut ikan.

Membaca al-Quran
Al-Quran adalah kitab rujukan utama kepada setiap mukmin yang cemerlang. Kitab ini perlu dibaca dan difahami maksudnya setiap hari dengan tujuan melembutkan hati serta mendidik jiwa supaya istiqamah dalam amalan yang baik.
Allah sentiasa mengingatkan supaya mengambil pendekatan sederhana kerana keluh kesah akan menambah lagi musibah. Apabila menerima sesuatu musibah, kita zahirkan rasa syukur dengan membandingkan musibah lebih besar atau membandingkan musibah dihadapi orang lain.
Mengambil pelajaran dan melihat sesuatu hikmah dalam setiap perkara akan melahirkan insan yang celik perasaan serta mampu mengharungi hidup yang penuh pancaroba.


- Nur Adibah Binti Kamarul Baharin
- SY 1070

Jangan ! Jangan ! Dan Jangan !


Dalam Kerendahan Diri, Ada Ketinggian Budi,
Dalam Kemiskinan Harta, Ada Kekayaan Jiwa,
Dalam Kesempitan Hidup, Ada Keluasan Ilmu,
Hidup Ini Indah Jika, Segala2nya Kerana Allah..
   
Jangan, jangan dan jangan
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana pagi-pagi itu membuka pintu
berkat/rezeki).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa,
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.

 "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
  (Surah Al-Ahzab:71)

Wahai Daie ... Jangan Lemah !



Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..

Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul S.A.W mafhumnya :
"Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang". [H.R Muslim]

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman". [Ali-Imran 3:139]

Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.
"Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya". [al-Baqarah 2:207]

Kuatlah Sahabatku Dengan Ujian NYA...~


- Nur Adibah Binti Kamarul Baharin
- SY 1070

Faktor Yang Mempengaruhi Rintangan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum ...




 Faktor-faktor yang mempengaruhi rintangan dalam kehidupan kita ialah

1)  Panjang laluan kehidupan kita.
Di dalam surah al-fatihah, kita berdoa kepada Allah supaya berada di jalan yang lurus. Jika dilihat secara logiknya, untuk sampai ke titik B daripada titik A, jalan yang lurus lebih mudah. Jikalau jalan tersebut bengkang-bengkok, itu menjadi lebih sukar. Begitulah juga dengan kehidupan kita, untuk sampai ke akhirat, lebih mudah dan seronok jika berada pada jalan yang lurus berbanding jalan yang tidak lurus (maksiat etc).

2)  Luas komuniti kita.
“Sesungguhnya tangan (pertolongan) allah itu di atas jemaah”. Bukankah kambing yang berseekoran lebih mudah dibaham oleh serigala. Begitulah juga dengan kehidupan kita. Jikalau kita ini hidup secara berjemaah, maka rintangan dalam kehidupan akan berkurangan. “Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing”. Amatlah rugi jikalau kita ini suka sangat bersangka buruk dan bergaduh dengan orang lain terutama rakan-rakan kita apatah lagi dalam hal yang kecil.

3)  “Jenis” kita
Bukankah kita melihat orang yang beriman itu sentiasa tenang? Itulah kesan As-Syahadatain itu. Bagi jenis orang2 yang beriman, hidup mereka tenang, gembira, dan tidak banyak rintangan (bukan ujian). Manakala, mereka yang selalu buat maksiat kita dapat lihat hidup mereka tidak terurus, pelajaran mereka terabai, dan hidup dalam duka dan lara.

4)  “Suhu” yang mempengaruhi kehidupan kita.
Ibaratkan suhu sebagai syaitan. Kita dapat melihat bagi mereka yang kalah dengan syaitan, mereka sering merungut dengan kehidupan mereka yang kononnya tidak best la, ape2 la. Itu adalah kerana suhu badan mereka iaitu syaitan telah meningkat dan menguasai tindakan mereka. Sebab itulah, ada yang mengambil jalan yang bersifat duniawi bagi mengubati jiwa mereka. Contohnya, ada yang menggantikan tempat Allah sebagai kekasih hati dengan manusia. Kesannya, hidup mereka terumbang-ambing.

   Sahabat- Sahabat,
  Pilihan di tangan anda sama ada anda ingin menjadikan ujian anda sebagai rahmat ataupun rintangan. Pilihlah sama ada jalan yang pendek atau panjang. Pilihlah sama ada inginkan komuniti yang luas atau sempit. Pilihlah sama ada anda ingin menjadi jenis yang beriman atau tidak. Pilihlah sama ada anda ingin “suhu” yang tinggi atau rendah. Yakinlah, bagi mereka yang beriman mampu untuk membuat keputusan bijak setelah menganalisis dari segi implikasinya terhadap kehidupan.



- Nur Adibah Binti Kamarul Baharin ~
- Sy 1070 ~

Mekanisme Hati Dalam Penghayatan Sirah Nabi



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum ...




 

Peranan Sirah Nabawiyah adalah sebagai penterjemah praktikal kepada ajaran Islam, juga secara langsung menyerlahkan ketinggian peribadi dan ketokohan Muhammad bin Abdullah s.a.w. sebagai utusan penutup misi Samawi daripada Allah. Ia bukan sahaja diterima oleh umat Islam sebagai tuntutan akidah kepercayaan mereka, malah golongan non-Muslim yang mengkajinya juga akur pada kualiti peribadi dan kepimpinan baginda. Michael H. Hart yang menulis buku "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History" telah meletakkan Rasulullah s.a.w. sebagai orang yang paling berpengaruh di dalam tamadun manusia (Umar al-Khattab di tangga ke-51).

Seandainya begitu sekali kehebatan Muhammad s.a.w., suatu persoalan besar timbul. Mengapakah seorang insan yang begitu agung biografinya, tidak dapat dihargai sebagai contoh terbaik oleh manusia hari ini? Mengapakah semakin banyak kajian tentang baginda dihasilkan, semakin jauh pula realiti masyarakat daripada meneladaninya? Inilah persoalan yang cuba dijawab melalui artikel penulis kali ini.

Allah SWT menyebut perihal ini di dalam firman-Nya melalui surah al-Ahzab ayat 21: “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah (s.a.w.) contoh teladan (uswah) yang baik (hasanah) bagi kamu. Iaitu bagi mereka yang meletakkan harapnya kepada Allah dan Hari Akhirat, serta berkeadaan sentiasa mengingati-Nya.”

Di dalam ayat ini, Allah SWT telah menggariskan tiga ciri utama mereka yang boleh melihat dan menghargai teladan daripada Rasulullah s.a.w. Tiga ciri ini amat penting untuk dihalusi kerana ia menentukan bentuk pandangan seseorang itu terhadap Rasulullah s.a.w. Kaedah menyebut ‘what you see is what you get' dan ‘who you are determines what you see'. Tidak semua orang yang mendekati Rasulullah s.a.w. dapat melihat apa yang sepatutnya dilihat. Semuanya bergantung kepada kaedah tadi.

Seorang pekerja swasta yang penat, apabila turun ke laut, dia melihat laut sebagai tempat santai. Seorang nelayan yang turun ke laut yang sama, melihat ia sebagai pejabatnya mencari rezeki berupa ikan, sotong dan udang. Manakala seorang jurutera carigali minyak yang pergi ke laut yang sama, tetapi mendapat hasil yang berbeza berupa emas hitam. Mereka bertiga pergi ke tempat yang sama, tetapi berbeza hasilnya, kerana mereka berbeza penglihatan. Tegasnya, ‘what you see is what you get'. Maka amat penting cara memandang itu diperbetulkan. Kerana itu jugalah Allah SWT menerangkan melalui ayat ini apakah kriteria seseorang yang boleh melihat Rasulullah s.a.w. dengan betul.

Sebelum kita terangkan tentang tiga ciri tersebut, mari kita bersama merenung kepada pengertian ‘uswah hasanah'. Dalam usaha memajukan cara penyampaian Islam hari ini, ramai yang cenderung kepada menterjemahkan Baginda sebagai ‘idola'. Rasulullah s.a.w. adalah idola terbaik bagi kita kerana baginda adalah ‘uswah hasanah'. Akan tetapi mampukan idola memberikan makna yang sama dengan uswah? Sesungguhnya idola ini adalah perkataan Inggeris yang memberikan makna ‘mengagumi seseorang secara membuta tuli dan berlebih- lebihan' [definisi oleh Princeton University].

Andai kata seseorang itu mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai idola, bermakna dia cuba memberikan kefahaman bahawa beliau mengagumi Rasulullah s.a.w. secara membuta tuli dan berlebih-lebihan! Apakah benar begitu?

Sesungguhnya ayat 21 surah al-Ahzab ini diturunkan semasa umat Islam menanggung penderitaan peperangan al-Ahzab (Khandaq). Tekanan yang amat berat itu telah melemahkan fizikal kebanyakan umat Islam. Namun Rasulullah s.a.w. telah memberikan teladan kepimpinan yang terbaik di kalangan pengikutnya. Dalam keadaan lapar dan mengikat perut dengan batu, Baginda masih komited dan setia mempertahankan agama Allah SWT. Kerana itulah, Allah SWT memerintahkan umat Islam mencontohi Baginda. Baginda adalah uswah dan perkataan uswah itu berasal dari kalimah Arab “at-Ta-assi” yang bermaksud “sesuatu yang memberikan kekuatan”. Oleh yang demikian, kalimah uswah hasanah itu bermaksud, andai kamu mengambil Rasulullah s.a.w. sebagai contoh, maka kamu akan beroleh kekuatan daripadanya. Dengan itu, amat tidak tepat seandainya kita mengistilahkan Nabi s.a.w. itu sebagai idola.


- Nur Adibah Binti Kamarul Baharin ~
- SY 1070 ~

3 Jenis Manusia Diperlukan Untuk Berjaya

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamua'alaikum ...

 Pada tulisan kali ini, saya ingin menulis mengenai 3 jenis manusia yang sangat diperlukan oleh Usahawan untuk berjaya. Jika anda baru nak bertatih dalam bidang keusahawanan. Pastikan anda cari 3 jenis orang ini dengan apa cara sekalipun.
Jalan anda akan menjadi jauh lebih mudah dengan adanya 3 jenis manusia ini. Siapakah mereka?

1. Mentor
Mentor atau guru adalah sesiapa di sekeliling anda yang lebih tua dan telah berjaya bagi anda. Orang seperti ini tidak semestinya hanya seorang. Anda boleh mencari ramai orang, seolah-olah mencari ramai guru untuk mempelajari ilmu-ilmu tertentu.
Anda perlu juga tahu cara membezakan ilmu dan sampah. Kekadang mungkin anda perlu melaluinya baru anda tahu samada ini ilmu atau sampah.
Contohnya, jika mentor yang anda ada pernah ditipu oleh orang Pakistan, maka mungkin dia akan menyatakan kepada anda bahawa "orang Pakistan tak sesuai untuk perniagaan. Jangan sekali-kali berurusan dengan mereka".
Kenyataan seperti ini mungkin betul, mungkin juga sampah. Tetapi anda harus mengambil langkah berjaga-jaga jika ditakdirkan membuat perniagaan dengan orang Pakistan.
Tetapi dalam banyak keadaan saya lihat, kesimpulan yang dibuat oleh orang yang lebih tua kebanyakannya betul (orang Pakistan hanya  contoh semata-mata).
Mempunyai seorang mentor adalah seperti anda berdiri di atas bahu gergasi yang besar. Anda tidak perlu melalui pengalaman 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun. Anda hanya perlu tahu tips-tips ini dari orang yang layak memberi tips.
Saya secara peribadi agak bersyukur kerana saya mempunyai ramai rakan yang dua kali ganda umur dari saya. Dan saya mendapat banyak tips-tips berguna dari mereka.
Jadi sebagai usahawan baru, cari mentor anda. Jika tidak, anda akan menghabiskan 20 tahun, 30 tahun, 40 tahun atau 50 tahun melakukan kesalahan yang tidak perlu.

2. Rakan Sekeliling yang Berjaya
"Jika anda berkawan dengan orang menjual minyak wangi, anda akan berbau wangi, jika anda berkawan dengan tukang besi, anda akan berbau busuk"
Apabila dua insan bertemu, mereka akan saling mempengaruhi antara satu sama lain, walaupun dalam aspek yang baik mahupun jahat. Ini reality. Terima ini sebagai kebenaran.
Jadi untuk berjaya dalam perniagaan, anda perlu mengelilingi diri anda dengan orang yang berniaga, jika lebih baik, orang berniaga yang berjaya.
Anda harus lakukan apa saja untuk ini. Jika anda kekal mengelilingi diri anda dengan orang yang bekerja makan gaji, semangat anda akan luntur.
Ini boleh difahami dengan mudah apabila kita lihat apa yang dituturkan oleh pekerja dan peniaga.
Pekerja biasanya akan merungut mengenai gaji, boss, politik pejabat, masa cuti yang singkat, dan akan bergembira jika diberi bonus, kenaikan pangkat atau mendapat tawaran kerja baru. Manakala peniaga pula akan merungut mengenai sales yang jatuh, perniagaan yang tak menjadi, pengurusan perniagaan yang salah, barangan lambat sampai dan peniaga akan bergembira jika sales meningkat naik, perniagaan yang dirancang menjadi, pelanggan puas hati atau membuka cawangan baru.
Jadi pekerja dan peniaga dalam dunia yang berasingan. Untuk jadi peniaga, kelilingi diri anda dengan golongan peniaga. Mereka akan lebih memahami anda dan anda juga akan lebih memahami mereka.
Kongsi masalah dan kongsi pengalaman bersama mereka .

3. Super-connector
Golong ketiga pula adalah super-connected. Super-connected adalah orang yang mempunyai ramai kenalan dan kawan-kawan. Mereka ini mudah dikenali. Ciri-ciri mereka adalah mereka mesra dengan semua orang, mempunyai ramai kawan, tidak mempunyai cita-cita tinggi dan selesa dengan kehidupan yang ada.
Sebagai usahawan kita mempunyai cita-cita tinggi, jadi kita boleh gunakan orang super-connector ini untuk mengenali orang yang kita perlukan. Mengunakan di sini tidak bermaksud mengeksploitasi. Menggunakan dengan niat yang baik.
Jaga super-connector ini sebaik mungkin. Berikan mereka keselesaan untuk bersama anda. Cuba selesaikan masalah mereka. Biasanya masalah yang mereka hadapi mungkin dari aspek kewangan.  Anda boleh belanja mereka makan setiap kali keluar bersama. Ini sudah memadai bagi mereka. Mereka tahu bahawa mereka tidak mengeluarkan apa-apa modal apabila bersama anda.
Melalui mereka ini, dapatkan contact yang perlu pada waktu yang perlu. Ini bermaksud, anda seolah-olah meminta pertolongan dari mereka. Jika mereka kenalkan dengan orang yang kita perlukan. Ucapkan terima kasih. Sentiasa kenang jasa mereka.
Orang yang bersyukur akan ditambahkan rezeki mereka.

- Artikel iluvislam.com

- Nur Adibah Binti Kamarul Baharin
- SY 1070